top of page

Soalan Lazim

Masih tertanya-tanya tentang produk ini. Persoalan anda mungkin terjawab dengan adanya jawapan di bawah:

01

Betul ke ada langganan untuk seumur hidup?

Ya. Memang betul kerana buat masa ini masih belum ramai dealer atau reseller yang menawarkan pakej ini.

Rumah saya tak ada piring Astro/Njoi? Ada cara lain tak?

Piring Astro ini adalah syarat wajib dan perlu ada. Tiada cara lain melainkan anda membeli piring astro. Sila klik di sini.

03

Nak guna Openbox atau Skybox perlu ada internet ke?

Ya. Memang wajib kerana tujuan internet ini adalah untuk mengaktifkan akaun. Kalau tiada internet, maka tiadalah siaran.

02

Internet kena yang laju ke? Berapa keperluan minimum?

Tidak. Kelajuan internet BUKAN syaratnya, tetapi anda hanya perlu pastikan signal internet anda STABIL. Minimum 384kbps. Malah ia tidak akan menjejaskan quota internet bulanan anda. Hanya memerlukan kira-kira 20Mb seminggu.

04

05

Internet yang macam mana boleh digunakan?

Sebaiknya internet Streamyx yang mempunyai kabel LAN atau WiFi. Tapi kalau anda ada broadband 3G pun boleh digunakan. Jika tiada internet, sila klik di sini.

Betul ke semua rancangan Astro boleh ditonton?

Betul. Klik di sini untuk info saluran yang anda boleh tonton sepanjang hari.

06

07

Adakah salah dari segi undang-undang?

Untuk pengetahuan, produk ini sama seperti komputer dan laptop. Oleh sebab itu jika dilihat dari spesifikasi produk, terdapat processor, motherboard dan lain-lain. Ia bukanlah 100% dekoder TV satelit. Ia hanya meminjam piring Astro/Njoi, tetapi ia memerlukan sambungan LAN atau WiFi dari modem.  Dalam kata lain, ia sama seperti menonton siaran TV online di internet. Bezanya Openbox dan Skybox ini direka khusus untuk menarik talian internet dengan bantuan piring untuk mendapatkan siaran televisyen tertentu. Jadi dari sudut ini ia tidak menyalahi akta.

Saya langgan untuk tempoh 6 bulan, macam mana nak tahu kalau tempoh hampir tamat?

Anda tidak perlu risau kerana sebulan sebelum tamat tempoh, pihak kami akan memberi SMS peringatan untuk anda memperbaharui bayaran C-LINE.

08

09

Berapa nak kena bayar dan bayar kepada siapa?

Untuk memperbaharui langganan C-LINE 6 bulan ialah 120. Manakala untuk setahun ialah RM200. Bayaran perlu dibuat kepada admin.

Apa perbezaan 1, 2 atau 3 server?

Antara kelebihan pelanggan kami ialah kami menyediakan setiap C-LINE akaun + 2 server sokongan untuk setiap set. Sekiranya berlaku server down, anda hanya perlu mengaktifkan server sokongan dan terus menonton rancangan kegemaran anda.

10

11

Kualiti gambar macam mana? Ada warranty tak?

Kualiti produk adalah sama seperti anda menonton Astro.

Ya. Sudah tentu ada. Jaminan selama 1 tahun untuk setiap produk.

Saya berminat tetapi tercari-cari yang boleh pasangkan. Ada agen pemasangan tak?

Kami adalah perniagaan berasaskan online. Oleh itu, kami tidak mempunyai agen pemasangan. Tetapi percayalah ia semudah A, B dan C sama seperti anda memasang DVD player di rumah. Sekiranya terdapat kesukaran ketika pemasangan, bantuan melalui talian telefon daripada tenaga berpengalaman akan membantu.

12

13

Boleh ke pulang semula atau kembalikan wang?

Syarikat kami tidak menawarkan apa-apa polisi bayaran balik. Tetapi kami berjanji untuk menggantikan saluran satelit yang lain sekiranya berlaku penutupan syarikat saluran satelit yang sekarang, menaik taraf sistem atau perkhidmatan perkongsian diharamkan. Barangan yang dijual tidak boleh dipulangkan atau dikembalikan.

bottom of page